9:15 PM


Ye.. Selamat Tahun Baru, tahun 2012. Sudah lama kami warga Lot 3372 tidak berkumpul sekali berborak - borak dan bermesra mesraan. Dan sempena tahun baru ini, kami berpakat pakat untuk mengadakan barbeku.

 Kelihatan Aqil anak bongsu Redzuan(Pak Ngah) yang mungkin eksaited menunggu BBQ. Hah! nak tau ape yang kami buat lagi? jom2...
Baca Lagi>>

10:51 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam satu malaysia...
Hari ini, tanggal 9 Zulhijjah 1432H, semua umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha.  Tidak terlepas juga bagi penduduk di Kampung Melayu Subang untuk menyambut perayaan ini.  Pada masa ini jugalah makcik - makcik sebok mengacau rendang, begitu juga pakcik - pakcik sebok mengasah pisau untuk melapah daging dan juga turut serta anak remaja mereka. 



Selepas selesai solat sunat aidiladha, tepat jam 9.15 a.m, penduduk kampung bepusu - pusu ke tanah wakaf Hj. Shamsuddin untuk meneruskan acara qurban.




Pada tahun ini, sebanyak 7 ekor lembu yang akan ditumbangkan dan kami warga Lot 3372 juga turut serta.



Di Bawah, kelihatan Hj Shamsuddin bersama Hj. Latif.



Antara omak - omak yang terlibat dalam acara melapah daging, dari kiri zuraidah, norhaslinda dan norzana.


 Afiq, tekun memotong kaki lombu..

Tokey Tulang~ (Redzuan)

Tersenyum, tak sabar nak potong daging (Mohd Nor)~


Okeyh, dah tak larat nak upload gambar dah... gambar yang lebih - lebih boleh lah dilihat melalui facebook ye :D ~

Dan dikesempatan ini juga saya mewakili warga Lot3372 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...
Sekian~

Baca Lagi>>