Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam satu malaysia...
Hari ini, tanggal 9 Zulhijjah 1432H, semua umat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha. Tidak terlepas juga bagi penduduk di Kampung Melayu Subang untuk menyambut perayaan ini. Pada masa ini jugalah makcik - makcik sebok mengacau rendang, begitu juga pakcik - pakcik sebok mengasah pisau untuk melapah daging dan juga turut serta anak remaja mereka.
Selepas selesai solat sunat aidiladha, tepat jam 9.15 a.m, penduduk kampung bepusu - pusu ke tanah wakaf Hj. Shamsuddin untuk meneruskan acara qurban.
Pada tahun ini, sebanyak 7 ekor lembu yang akan ditumbangkan dan kami warga Lot 3372 juga turut serta.
Di Bawah, kelihatan Hj Shamsuddin bersama Hj. Latif.
Antara omak - omak yang terlibat dalam acara melapah daging, dari kiri zuraidah, norhaslinda dan norzana.
Afiq, tekun memotong kaki lombu..
Tokey Tulang~ (Redzuan)
Tersenyum, tak sabar nak potong daging (Mohd Nor)~
Okeyh, dah tak larat nak upload gambar dah... gambar yang lebih - lebih boleh lah dilihat melalui facebook ye :D ~
Dan dikesempatan ini juga saya mewakili warga Lot3372 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...
Sekian~
Sekian~
0 sedang berborak:
Post a Comment